.

Isu Terkini Dan Sensai Wan Sharmila



Isu Terkini Dan Sensai Wan Sharmila

Pelakon jelita Wan Sharmila enggan mengulas lanjut mengenai berita dia bakal berkahwin tidak lama lagi kerana bimbang kenyataannya akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

"Tak tahu. Saya tak tahu apa-apa pasal itu. Anda semua tanyalah pada yang di atas (Allah). Saya pun tengah tunggu jodoh ni.

"Saya tak mahu cakap tentang gosip itu sebab saya takut kenyataan saya dimanipulasi. Saya faham kadang-kadang apa yang kita cakap tu tak sama dengan cara penulisan dan pemahaman orang juga belum tentu sama. Lagipun perkara peribadi ini melibatkan banyak pihak. Banyak hati yang perlu dijaga," ujarnya yang dipetik dari Malaysian Digest.

Menurut aktres 33 tahun ini lagi, dia berasa sedih dan kesal dengan gosip tersebut kerana ada pihak yang cuba memburukkan namanya.

"Kalau nak tahu, bila cerita tu keluar ia jadi bahan gelak saya dan kawan-kawan. Kelakar sebab si penulis lebih tahu banyak daripada saya. Sedangkan saya tidak fikir langsung tentang nak kahwin sebaliknya saya lebih sibuk kerja cari duit.

"Tapi sebenarnya jauh di sudut hati, saya berasa sangat sedih bila gosip ini timbul. Saya rasa seperti ditindas, sedangkan saya tidak tahu dari mana dan bagaimana cerita itu boleh timbul. Mungkinkah disebabkan saya ini terlalu jujur dan ada pihak cuba mengambil kesempatan terhadap sikap saya."

Bagaimanapun Wan Sharmila berkata dia enggan mengambil pusing mengenai gosip tersebut dan memberitahu sekiranya ada jodohnya kelak dia akan berkongsi berita baik itu kepada umum.